Peninggalan Paul Revere

Catatan mengenai perjalanan berkudanya mengkhabarkan ketibaan pihak British diabadikan dalam sajak Paul Revere's Ride (1861) nukilan Henry Wadsworth Longfellow yang menyanjung beliau menjadi suatu tokoh berlagenda untuk negara Amerika Syarikat yang baharu.[24]

Genta Revere dipamerkan di Muzium Negara Singapura

Anak perempuannya Mary berkahwin dengan Joseph Balestier (1788–1858), seorang saudagar yang kemudiannya menjadi konsul pertama Amerika Syarikat ke Kepulauan Riau dan Singapura.[25][26] Mary ketika di Singapura pada tahun 1843 menghadiahkan sebuah genta untuk kegunaan Gereja Santo Andrew dengan syarat ia bunyikan untuk menandakan waktu perintah berkurung dilaksanakan di jajahan tersebut.[27] Ia digunakan sepanjang hayat binaan pertama gereja tersebut sebelum diubahsuai kepada binaan baharu sebagai sebuah katedral tahun 1861 sehingga ia digantikan tahun 1874. Genta ini dipindahkan ke dalam simpanan Muzium Raffles (kini Muzium Negara Singapura) pada September 1937.[27] Genta ini dilihat sebagai simbol persahabatan utuh antara Singapura dan Amerika Syarikat.[28][29]

Rujukan

WikiPedia: Paul Revere http://www.paul-revere-heritage.com/ http://www.reverecopper.com/about-us http://singapore.usembassy.gov/president_at_nus.ht... http://singapore.usembassy.gov/sp_051806.html http://www.danagioia.net/essays/elongfellow.htm http://www.metmuseum.org/collections/search-the-co... http://www.mfa.org/collections/search_art.asp?coll... http://www.paulreverehouse.org/ http://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SI... http://infopedia.nl.sg/articles/SIP_951_2004-12-23...